PEMULIHAN & TERAPI MindaMATHs

MindaMATHs adalah sebuah pusat perkembangan individu bagi anak-anak dalam usaha meningkatkan daya usaha dan berfikir dalam menyelesaikan masalah hidup.

Misi kami adalah Tiada Pelajar Ketinggalan dengan harapan kami dapat membantu anak-anak agar tidak ketinggalan  hanya disebabkan oleh Matematik.

Modul Kelas Pemulihan & Terapi Matematik MindaMATHs adalah dari aplikasi kursus yang telah dihadiri dan juga pengalaman yang dikutip dari setiap pelajar. Ianya dikoloborasikan menjadi satu modul dengan konsep mudah untuk pelajar mengenal dan memahami Matematik.  Modul kami yang Mesra Pelajar dapat mengubah persepsi negatif terhadap Matematik.


Dengan slogan 'We Dare To Care', MindaMATHs bukan sekadar pusat pembelajaran Matematik tetapi Jurulatih Terapi kami yang sabar, perihatin dan empati dapat menyelami perasaan setiap pelajar kami dan harapan ibu bapa terhadap pencapaian anak-anak mereka. Setiap perkembangan mereka dianalis dan direkodkan  dalam Laporan Kemajuan Pelajar.  

Laporan Kemajuan Pelajar menjadi kayu pengukur perkembangan dan kemajuan seseorang pelajar. Ibubapa dapat melihat dan berkongsi kemajuan kejayaan anak-anak mereka semasa hadir untuk mengambil laporan tersebut.

Walaubagaimanapun, sikap mesra dan perihatin Jurulatih Terapi MindaMATHs memudahkan ibubapa untuk berjumpa dan berbincang segala permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka pada bila-bila masa sahaja.






1 comment: