Friday, April 4, 2014


KELAS PEMULIHAN MATEMATIK 
MindaMATHs

Apa itu Pemulihan & Terapi Matematik?
Membantu pelajar yang lemah dan tidak selesa dengan matematik. Dengan kaedah menyelesaikan masalah matematik  menggunakan logik, pelajar akan mendapati Matematik suatu ilmu yang tidak membebankan malah menyeronokkan dan mampu memberi kepuasan setiap kali mereka menemui jawapan.

Ujian Penilaian
Setiap pelajar yang ingin mendaftar ke kelas Terapi Matematik mesti melalui ujian mudah iaitu Ujian Penilaian. Ujian ini dapat membantu Jurulatih Terapi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar dalam asas Matematik.

Pengesanan Dominan Otak
Satu kaedah mudah digunakan bagi mengenalpasti otak sebelah mana yang aktif dan digunakan oleh pelajar dalam kehidupan seharian.  Ini akan membantu Jurulatih Terapi menggunakan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam sesi terapi matematik di mana mempunyai perbezaan pendekatan terhadap pelajar yang menggunakan otak kiri dan pelajar yang menggunakan otak kanan.

Sesi Terapi
Setiap sesi Terapi adalah 1 jam.  Setiap pelajar dijadualkan sebanyak 4 kali pertemuan dalam 1 bulan.

Modul Pengukuhan
Setiap pelajar akan diberi satu set modul bagi setiap topik asas Matematik. Contoh Modul Asas Penambahan, Pendaraban, Penolakkan dan Pembahagian.

Kelas Pemulihan & Terapi
Maksimum pelajar bagi setiap sesi terapi adalah 4 orang sahaja. Didalam sesi Terapi pelajar didedahkan dengan pelbagai permainan stimulasi minda untuk merangsang otak agar berfikir secara kreatif dan kritis. Permainan juga dapat membantu pelajar dari merasa bosan dan tertekan dengan Matematik. 

Walaupun sesi terapi Matematik santai dan tidak 'stress' teknik memahami matematik dapat diterap kepada pelajar. Malah pelajar lebih selesa dan suka dengan cara ini.




Hubungi kami:

013 6463 047 - Pn Saridah
017 3069 691- Zulhairi




Sila datang ke Pusat Terapi kami untuk ujian 
Diagnostik PERCUMA!

Ujian diagnostik sedang dijalankan